Keprihatinan sepasukan pegawai dan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah terserlah apabila tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami masalah pada tayar kenderaannya.
Bantuan oleh Inspektor Mohd Helmi Saadin, Sarjan Afendy Zakaria, Koperal Khairul Afzir Zainal Abidin dan Konstabel Khairul Azmin Khairul Anuar ketika mereka sedang melakukan sekatan jalan raya di Jalan Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu.
Difahamkan individu berkenaan dalam perjalanan dari Segamat, Johor menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menjemput anaknya. Bantuan yang diberikan bukan sahaja meringankan kesulitan, malah membantu menyelesaikan urusan beliau bagi meneruskan perjalanan dengan selamat.
Sumber: TikTok bpjkkipd_ag
