Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 42 SINDIKET DADAH TUMPAS, RAMPAS 3.34 TAN NARKOTIK BERNILAI RM176.33 JUTA

Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 - Polis Johor berjaya menumpaskan 42 sindiket pengedaran dadah di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam tempoh sama seramai 138 ahli sindiket ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM156.3 dirampas.
Menurut Datuk Ab Rahaman, turut disita pelbagai aset milik sindiket dadah yang dianggarkan RM5.54 juta.

"Secara keseluruhan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor merekodkan prestasi membanggakan apabila berjaya menahan seramai 26,429 individu atas pelbagai kesalahan dadah, selain merampas sebanyak 3.34 tan dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM176.33 juta.

"Kejayaan ini menempatkan Kontinjen Johor di kedudukan keempat tertinggi rampasan dadah di seluruh negara," katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan IPK Johor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS