Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PEMERDAGANGAN MANUSIA DIDALANGI WARGA TEMPATAN, ASING TUMPAS

Jitra, 18 Januari 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia didalangi tiga rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar dalam dua operasi di sini serta Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lalu.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Balveer Singh Mahindar Singh, berkata dalam operasi itu, 16 pendatang tanpa izin, dipercayai warga Myanmar, terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun ditahan.

Katanya, pada operasi pertama, pasukan polis melalui Cawangan Risik, Ibu Pejabat Briged Utara PGA dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu melakukan serbuan di Plaza Tol Jitra arah selatan dekat sini kira-kira jam 4 pagi, Rabu lalu.

“Dalam operasi itu, pihak polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna dan kenderaan utiliti sukan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan mendapati ada 16 pendatang tanpa izin dipercayai dari Myanmar dan semua suspek itu memasuki negara ini melalui jalan tidak diwartakan dari negara jiran,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Balveer Singh (kanan) menunjukkan kenderaan yang dirampas ada sidang media Jitra, semalam (Foto BERNAMA) Sindiket pemerdagangan manusia didalangi warga tempatan, asing tumpas Jitra: (PGA) Pasukan Gerakan Am rusia menumo dipercayai sebagai dalam Selatan kendera kendera- mempu- dijanjikan asing singb her itu. Polia Dacrah bernilat mendapati mem- Jenayah, Singh susu- อไหย์ suspek media lelaki tempatan seorang mana erbabit Imieresen 1959/6 hingga Januari BERNAMA'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS