Menu

KPN HADIRI MAJLIS PENGHARGAAN KEPENGERUSIAN ASEAN–MALAYSIA 2025

Serdang, 19 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN–Malaysia 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, di sini, petang tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sekali gus memperkukuh kedudukan dan imej negara di peringkat serantau serta antarabangsa.

Hadir sama, isteri kepada PM, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Majlis turut menampilkan montaj Kepengerusian ASEAN–Malaysia 2025 yang memaparkan pencapaian serta sumbangan pelbagai kementerian dan agensi sepanjang tempoh kepengerusian negara.

Terdahulu, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan menyampaikan ucapan alu-aluan, diikuti Amanat Penghargaan oleh Dato' Seri Anwar.

Majlis diteruskan dengan penyerahan plak simbolik penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat, diikuti tayangan video bertajuk “Di Sebalik Tabir: Wira-Wira Tidak Didendang” yang menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan agensi keselamatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir ialah barisan Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM dan para pegawai kanan agensi-agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Basri dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of ‎text that says '‎aphes US!AN KAN 0 19 Ja Januari יבור apo apoPer Pert َا نيْة PDRM‎'‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS