Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 17 Januari 2026 (Sabtu).
Sebanyak 1,763 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 19 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 42 kes kemalangan dan peningkatan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.