Menu

BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: KPD KULAI BANTU MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA

Terima kasih Ketua Polis Daerah (KPD) Kulai, ACP Tan Seng Lee telah menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ketika beliau dalam perjalanan ke destinasi berkenaan, semalam.

Beliau kemudiannya memberhentikan kenderaan dan bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa sementara menunggu ketibaan bantuan lanjut.

Tindakan segera dan keprihatinan yang ditunjukkan beliau mencerminkan nilai kepimpinan melalui teladan serta komitmen berterusan warga Sang Saka Biru dalam memastikan keselamatan dan kebajikan orang awam.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS