Menu

POSTING PILIHAN: KP PAHANG BANTU ANGGOTA BSPT MARAN TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman atas keprihatinan beliau menghulurkan bantuan kepada seorang anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Pahang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 71.6 Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak menghala ke Kuala Lumpur, semalam.

Ketika melalui lokasi kejadian, Dato' Sri Yahaya telah memberhentikan kenderaan dan segera memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum mengiringinya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sikap prihatin dan tindakan segera yang ditunjukkan beliau jelas mencerminkan kepimpinan melalui teladan, sekali gus menyerlahkan komitmen berterusan warga Sang Saka Biru dalam apa juga keadaan kecemasan.

Sumber: Polis Pahang

No photo description available.

May be an image of road

May be an image of motorcycle

May be an image of ambulance and hospital

May be an image of ambulance, hospital and text

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS