Menu

VIDEO PILIHAN: KPN KEMBALI KE SK BIDOR, GUGAH NOSTALGIA DAN PERKASA PEMBENTUKAN GENERASI BERDISIPLIN

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose kembali menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bidor menerusi Program Back to School, sekali gus mengimbau nostalgia serta memperkukuh usaha memperkasa pembentukan generasi murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia pada 22 Januari 2026.

Kehadiran beliau mencerminkan keprihatinan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kebajikan dan keselamatan murid sekolah, di samping mengukuhkan hubungan strategik antara PDRM dan institusi pendidikan dalam usaha membentuk sahsiah generasi muda sejak peringkat awal.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Afiq Abdullah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS