Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 24 Januari 2026 (Sabtu).
Sebanyak 1,876 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 70 kes kemalangan dan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM