Shah Alam, 25 Januari 2026 - Sindiket penipuan panggilan atau "phone scam" dikesan menggunakan teknik "Caller ID Spoofing" bagi memaparkan nombor seolah-olah daripada rangkaian telco tempatan atau agensi sah di Malaysia.
Taktik ini digunakan semata-mata untuk memperdaya mangsa dan meningkatkan tahap kepercayaan terhadap panggilan diterima.
Tahun lalu, sejumlah 5,097 kertas siasatan kes penipuan "phone scam" dibuka dengan jumlah kerugian direkodkan melebihi RM241 juta.
Pengarah JSJK, CP Dato' Rusdi Mahd Isa berkata, dalam era globalisasi lini, penggunaan teknologi dan intarnet menjadi sebahagian keperiuan harian masyarakat.
Menurutnya, ia turut membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah siber termasuk penipuan melalui panggilan telefon.
"Modus operandi melibatkan panggilan daripada suspek menyamar sebagai wakil agensi penguat kuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan mahkamah selain institusi kewangan (bank dan insurans) atau agensi kerajaan antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Mangsa kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai berkuasa dan dimaklumkan akaun bank mereka terlibat dalam aktiviti haram seperti pengubahan wang haram, dadah atau hutang cukai.
"Mangsa diugut tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak lain dan akhirnya menyedari ditipu selepas mendapati wang dalam akaun hilang selain gagal menghubungi semula suspek, katanya kepada Sinar Ahad.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.