Kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan meningkat drastik pada tahun 2025 dengan kenaikan jumlah kes sebanyak 144% dan jumlah kerugian mencapai RM222 juta.
Ciri-ciri penipuan tawaran pekerjaan sambilan antaranya sering memikat mangsa dengan janji pendapatan tinggi untuk tugasan yang terlalu mudah seperti “like" dan "follow” di media sosial, selain meminta membuat bayaran pendahuluan seperti yuran latihan, deposit atau permit sebelum kerja bermula.
Tawaran sebegini lazimnya disampaikan melalui komunikasi tidak profesional menggunakan WhatsApp atau Telegram daripada nombor tidak dikenali, di samping meminta maklumat peribadi dan perbankan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan tawaran pekerjaan sambilan serta semak terlebihi dahulu sebelum menerima tawaran tersebut.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM