Menu

KEJAYAAN JSJN PERKUKUH KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

Kuala Lumpur, 27 Januari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus mencatat kejayaan dalam memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan negara menerusi usaha berterusan memerangi ancaman dadah.

Pencapaian ini mencerminkan keupayaan risikan dan operasi JSJN yang semakin mantap, selaras dengan pelaksanaan strategi berfokus yang merangkumi tiga teras utama iaitu risikan dan operasi, perundangan dan siasatan serta pentadbiran jabatan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail ketika menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan Januari 2026 anjuran JSJN yang berlangsung di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, pagi tadi.

Menurut beliau, JSJN bertanggungjawab memerangi ancaman dadah serta sentiasa cakna dan proaktif dalam menghadapi sindiket dadah yang semakin licik dan kompleks.
Tambah beliau lagi, JSJN telah mencatatkan pelbagai kejayaan yang amat memberangsangkan dengan peningkatan signifikan dalam beberapa aspek utama.

“Pencapaian luar biasa turut direkodkan dalam aspek rampasan, apabila nilai keseluruhan rampasan dadah dan racun dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.19 bilion,” katanya.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menyatakan peningkatan mendadak ini bukan sahaja menggambarkan skala aktiviti pengedaran dadah yang semakin agresif, malah turut membuktikan keberkesanan JSJN dalam menyekat bekalan dadah daripada sampai kepada masyarakat, sekali gus menyelamatkan generasi masa kini dan akan datang.

Kejayaan tersebut membuktikan komitmen serta usaha berterusan JSJN dalam melindungi generasi masa kini dan akan datang daripada cengkaman dadah.

Dalam perhimpunan yang diadakan juga, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 26 warga PDRM dari pelbagai jabatan dan formasi yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi tugas cemerlang sepanjang perkhidmatan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Hussein Omar Khan serta barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS