Kuala Lumpur, 25 Januari 2026 - Berselindung di sebalik rumah sembelihan lembu bagi menjalankan kegiatan melapah kambing gurun yang diburu secara haram.
Kegiatan haram itu bagaimanapun terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Kuantan menyerbu sebuah rumah sembelihan di Maran, Pahang dan merampas kepala dan daging kambing gurun, kelmarin.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan di dalam peti ais di premis itu oleh anggota PPM juga menemui beg plastik mengandungi kulit disyaki kambing gurun selain 13 plastik berisi daging yang belum dikenal pasti.
"Pemilik mendakwa ia semua miliknya tetapi gagal menunjukkan sebarang dokumen pemilikan yang sah.
"Anggota PPM kemudian menerangkan kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.