Kuala Lumpur, 31 Januari 2026 – Seramai 88 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu di sekitar Lembah Klang terus mengekalkan tradisi Thaneer Panthal melalui program yang diadakan di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, pagi tadi sempena sambutan perayaan Thaipusam.
Program amal tahunan kali ke-34 itu dihadiri oleh Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, JSJ, Datin Shanthi P. Santhanam Pillai.
Turut memeriahkan program ialah para pesara polis iaitu CP Dato' Narenasagaran Thangaveloo, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan SAC Dato' S. Shanmugamoorthy Chinniah.
Hadir sama, Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Davi M. Govindan Nair dan ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kontinjen
Selangor, ACP Somu Subramanian.
Lebih kurang 1,000 "goodies bags" yang mengandungi risalah panduan pencegahan jenayah dan minuman percuma telah diedarkan kepada orang ramai sebagai tanda keprihatinan serta semangat perpaduan.
Sementara itu, seramai 1,488 pegawai dan anggota PDRM digerakkan dalam Op Palu bagi melaksanakan penugasan kawalan keselamatan serta pengurusan trafik di sekitar kawasan Batu Caves.
Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan anggota polis yang bertugas, serta bekerjasama dalam memastikan sambutan Thaipusam kali ini berjalan dengan aman, selamat dan lancar.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim