Menu

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK IPD JOHOR BAHRU UTARA BANTU TOLAK KENDERAAN YANGROSAK

Terima kasih kepada Lans Koperal M. Jailani Mohamad, Lans Koperal Muhammad Idham Mohamed Rusni bersama Lans Koperal Rosmadi Abdul Raman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara atas bantuan kepada orang awam yang mengalami kerosakan pada kereta di Jalan Kempas Lama - Jalan Kempas Baru (Setia Tropika), Johor Bahru, Johor.

Ketika menjalankan rondaan trafik di kawasan berkenaan, mereka telah terserempak dengan sebuah kenderaan rosak. Demi keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan kelancaran aliran trafik, bantuan segera telah diberikan dengan mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat.

Sikap prihatin dan pantas ini mencerminkan komitmen berterusan warga Sang Saka Biru dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber: TikTok TRAFIK JBU



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS