Kuala Lumpur, 16 Februari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi Unit Anjing Pengesan (K9), Bahagian Bantuan Teknik (D6)
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam sesi lawatan berkenaan, Tan Sri Ayob Khan telah menyaksikan demonstrasi taktikal melibatkan enam komponen latihan utama iaitu Advance Obedience, Tactical Obedience, Tactical Window Entry & Neutralization, Hazardous Obstacle Interception, Transition Phase Control dan Urban Obstacle Breach. Kesemua komponen yang dilakukan bagi menguji tahap disiplin, keserasian dan kecekapan antara pegawai pengendali dengan anjing pengesan dalam melaksanakan operasi pengesanan serta tindakan khas berisiko tinggi.
Mengakhiri lawatan, beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ M. Kumar S. Muthuvelu telah beramah mesra dengan pegawai pengendali serta meninjau fasiliti kandang anjing pengesan dan kemudahan latihan bagi memastikan aspek kebajikan, kesihatan dan keperluan logistik Unit K9 sentiasa diberi perhatian sewajarnya.
Turut hadir semasa lawatan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Komandan
PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris dan Ketua Penolong Pengarah D6 JSJ Bukit Aman, SAC Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa.