Putrajaya, 20 Februari 2026 - Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan terus memberikan fokus kepada usaha menambah baik kuarters tentera dan polis yang telah uzur demi keselesaan anggota pasukan keselamatan itu.
Beliau berkata, dalam perancangan sedang dibincangkan terdapat beberapa pembaikan kuarters telah diambil tindakan.
"Perumahan polis kita dah ambil tindakan sepertinya (demikian juga) tentera, jadi kita akan lebih fokus. Tahun-tahun lepas RM1 bilion telah diberikan kepada kuarters tentera dan polis untuk baik pulih rumah yang sangat uzur,” katanya.
Dato’ Seri Anwar berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri dan Ihya’ Ramadan di Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.