Shah Alam, 23 Februari 2026 - Polis giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kabel di sekitar Seksyen 3 di sini.
Ketua Polis Daerah Shah
Alam, ACP Ramsay Embol berkata, laporan diterima dari seorang saksi berusia 30-an yang juga penduduk sekitar lokasi kejadian.
“Kejadian disedari berlaku sekitar jam 5 pagi, Jumaat lalu, saksi sedang tidur terdengar bunyi bising di luar rumah. Saksi bangun dan lihat sekumpulan lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel.
“Saksi cuba mengekori suspek namun diberikan amaran. Suspek juga dikatakan berpatah semula dan cuba mengejar saksi sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Polis percaya kumpulan ini aktif dan mahir mencuri kabel bagi mendapatkan besi tembaga berdasarkan cara mereka melakukan kegiatan dengan mengorek lubang kabel dan menariknya keluar sebelum memotongnya di tempat yang sunyi.
"Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402 bagi membantu siasatan.
“Polis menggesa orang awam sekiranya menemui individu mencurigakan atau sebarang aktiviti mencuri kabel agar segera menghubungi talian kecemasan 999,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.