Kuala Lumpur, 7 Februari 2026 - Disifatkan sindiket penyeludupan kura-kura terbesar tanah air yang beroperasi secara sulit di dalam ladang getah di Kangar, Perlis.
Difahamkan sindiket didalangi lelaki tempatan itu menjalankan aktiviti menyimpan dan memperdagangkan hidupan liar dilindungi secara haram membabitkan pelbagai spesies kura-kura.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu bagaimanapun berjaya dibongkar hasil operasi bersepadu membabitkan Wildlife Crime Unit PERHILITAN dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di beberapa lokasi di Perlis, kelmarin.
Beliau berkata, hasil serbuan, pihaknya merampas puluhan kura-kura pelbagai spesies, telur hidupan liar serta barangan aktiviti haram itu.
Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) diketuai pegawainya, Tuan Celescoriano Razond hasil risikan rapi dan maklumat awam dilakukan sejak beberapa bulan lalu.
"Serbuan pertama jam 12.35 tengah hari di sebuah rumah di Jalan Seri Satu, Taman Perlis, Kangar.
"Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan ketika membawa lima kotak mengandungi enam kura-kura spesies Sulcata Tortoise tanpa sebarang lesen atau dokumen sah.
"Hasil pemeriksaan lanjut membawa serbuan ke sebuah bangsal tersembunyi di kawasan Kaki Bukit, Perlis, yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan utama hidupan liar," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.