Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 6 Februari 2026 (Jumaat).
Sebanyak 2,074 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan lapan kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 30 kes kemalangan dan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM