Dalam majlis tersebut turut diadakan pelancaran Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2026–2030 yang disempurnakan oleh PM, Dato' Seri
Anwar Ibrahim dengan diiringi Menteri Luar Negeri,
Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan Pelan strategik berkenaan memfokuskan usaha memperkukuh diplomasi dua hala dan pelbagai hala Malaysia. Ia juga bakal mengangkat peranan proaktif Malaysia dalam ASEAN, memelihara kedaulatan maritim, memperkasa perkhidmatan awam dan institusi serta memperteguh kewajipan Malaysia di bawah Konvensyen Senjata Kimia.