Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 Februari 2026 (Ahad).
Sebanyak 1,294 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan sembilan kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 250 kes kemalangan dan tiada kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.