Kuala Lumpur, 25 Februari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat
YTL Construction yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Sri Azmi Abdul Aziz di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan itu bagi memaklumkan perkembangan semasa Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru, Johor, termasuk isu berkaitan keselamatan seperti kes kecurian kabel serta pencerobohan kawasan oleh haiwan ternakan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Hj. Zakaria Ismail.