Menu

PDRM PERKUKUH SINERGI STRATEGIK BERSAMA SHELL MALAYSIA DALAM PROGRAM JALINAN KASIH RAMADAN

Kuala Lumpur, 27 Februari 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh sinergi strategik dengan Shell Malaysia dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat, menerusi Program Jalinan Kasih Ramadan yang diadakan di Masjid Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bersama gabungan pengusaha Stesen Shell Wilayah Tengah itu merupakan manifestasi kerjasama strategik dalam memperkukuh jaringan keselamatan masyarakat setempat.

Program yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Puan Seow Lee Ming.

Dalam majlis tersebut, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid berbesar hati menyampaikan sumbangan daripada Shell Malaysia kepada 100 penerima yang terdiri daripada pesara polis, anak-anak yatim, anak kurang upaya dan balu warga PDRM.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengusaha Stesen Shell Wilayah Tengah dan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. atas komitmen yang jitu serta ketersediaan mereka dalam menjayakan program tersebut. Beliau turut berharap agar kolaborasi strategik bersama Shell dapat diteruskan dalam usaha mempertingkatkan tahap keselamatan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

“Kolaborasi strategik PDRM bersama Shell seperti inisiatif ‘Go To Safety Point’ diyakini mampu meningkatkan tahap keselamatan komuniti secara lebih menyeluruh dan proaktif sebagai pusat rujukan selamat bagi orang awam yang memerlukan bantuan segera," ujar beliau.

Terdahulu, beliau turut berkesempatan mengagihkan 1,000 bubur lambuk dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman.

Sebelum majlis berakhir, Puan Seow Lee Ming menyerahkan "mock cheque" berjumlah RM3,000 kepada Dato' Sri Hj. Mohd Khalid untuk disalurkan ke Tabung Masjid Bukit Aman.

Turut hadir, Pengarah JPJKK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, wakil-wakil Syarikat Shell Malaysia serta warga kerja Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text that says '생화 JALINAN RAMADAN GABUNGAN PENGU 'ESEN SHELL WILAYAH TENGAH & PDI TO' ERSAMA 장계까! LID LIDBIN BIN RA 部'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS