Kuala Lumpur, 28 Februari 2026 —Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap semua aspek berkaitan dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, siasatan berhubung isu tersebut memerlukan masa yang mencukupi dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan keadilan serta ketelusan proses undang-undang.
Beliau menegaskan sebarang tindakan hanya akan diambil selepas setiap perincian diteliti secara mendalam dan profesional.
“Perkara ini masih dalam tindakan pihak polis dan diharap semua pihak dapat bersabar. Sudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.
“Sekiranya ada perkembangan (terbaharu), kita akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.