Menu

#OPBANJIR PIC OF THE DAY: IPD BEAUFORT BANTU PINDAH MANGSA BANJIR


Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng bersama jabatan serta agensi berkaitan telah bantu memindahkan mangsa banjir di beberapa kampung sekitar daerah Beaufort, Sabah.

Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesihatan mereka sentiasa terpelihara.

Polis Diraja Malaysia akan terus komited memastikan keselamatan masyarakat menjadi keutamaan serta mempergiatkan usaha penyaluran bantuan di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir.

Sumber: Mohd Nazrie Matlin

May be an image of Superman and text

May be an image of ambulance and text

May be an image of one or more people

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS