Menu

#PASCABANJIR PIC OF THE DAY: WARGA IPD TAWAU BERGANDING BAHU BERSIHKAN KEDIAMAN PENDUDUK TERJEJAS BANJIR


Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah berganding bahu membersihkan kediaman penduduk di beberapa kawasan di sekitar daerah Tawau yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.

Usaha murni warga Polis Diraja Malaysia tersebut bertujuan menyantuni dan mengeratkan hubungan silaturahim serta meringankan beban penduduk dalam pasca banjir.

Operasi itu turut dilaksanakan dengan kerjasama erat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, ini sekali gus membuktikan semangat kebersamaan agensi keselamatan dalam menghadapi bencana.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS