Menu

TIMBALAN KPN IFTAR BERSAMA DUTA BESAR KERAJAAN ARAB SAUDI


Kuala Lumpur, 1 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, semalam menghadiri majlis iftar bersama Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Osamah Dakhel R. Al-Ahmadi di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, di sini.

Turut berkenan berangkat mencemar duli ialah Tengku Laksamana Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Kerajaan Arab Saudi di Malaysia itu menjadi wadah memperkukuh hubungan dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi, selaras dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kebersamaan, ihsan dan ukhuwah sejagat.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencerminkan komitmen berterusan Pasukan terhadap hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi, khususnya melalui kerjasama strategik dalam bidang kepolisan yang menyumbang kepada aspek keselamatan dan kestabilan kedua-dua negara.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan muhibah turut dihadiri oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan Hj. Md Othman, Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj. Muhamad Norazlan Aris TUDM dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar Negeri, Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, dais and text that says 'KELUAR 入 রব A'

May be an image of dais


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS