Kuala Lumpur, 14 Februari 2026 - Lokasi "hot spot" yang menjadi lubuk sindiket pengedaran dan penagihan dadah di negara ini sukar dihapuskan sepenuhnya berikutan ia bersifat dinamik.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, lokasi panas ini dikenal pasti wujud di kawasan ibu kota dan pendalaman termasuk kawasan tanah rancangan FELDA.
“Lokasi panas ini bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSJN di setiap negeri dan daerah sentiasa berwaspada terhadap kewujudan lokasi panas berkenaan serta mengambil tindakan secara berterusan.
“Ini termasuk hasil maklumat orang awam. Secara relatif penagihan dadah menunjukkan peningkatan namun masih terkawal berdasarkan statistik semasa.
“Penagihan dadah secara relatifnya meningkat tetapi terkawal. la berpandukan bilangan tangkapan pengguna dadah dan jumlah dadah yang dirampas,” katanya.
Beliau mengakui PDRM berdepan cabaran utama dalam usaha pengurangan bekalan "supply reduction" dadah apabila sindiket lama bertapak dikesan memiliki kekuatan kewangan besar untuk terus beroperasi di negara ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.