Shah Alam, 3 Mac 2026 - Sembilan individu termasuk tiga wanita tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam kes curi kabel yang tular baru-baru ini.
Tangkapan suspek berkenaan dilakukan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Shah Alam, Task Force Balai Polis Seksyen 6 serta JSJ IPD Kuala Muda, Kedah menerusi operasi khas, Op Kabel Viral pada 23 dan 26 Februari lalu.
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar berkata, tindakan bersepadu itu dilakukan hasil risikan maklumat di beberapa lokasi berasingan di sekitar Dengkil, Selangor, Sungai Petani, Kedah dan Ipoh, Perak.
“Serbuan tersebut membawa kepada penahanan sembilan warga tempatan iaitu enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun.
“Semakan rekod mendapati sebahagian besar daripada mereka adalah penjenayah tegar dengan pelbagai rekod lampau membabitkan kes curi kabel, samun serta dadah, termasuk dua suspek yang masih dikehendaki (wanted) bagi kes di Subang dan Perak,” katanya pada sidang media di IPD Shah Alam, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.