Tumpat, 4 Mac 2026 - Sebanyak 21 burung murai batu dirampas dari sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, di sini, selepas didapati berlaku kegiatan penjualan haiwan itu tanpa lesen.
Serbuan dibuat jam 11 pagi kelmarin oleh
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri selepas menerima aduan.
Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, semua burung murai batu itu diperoleh dari pemburu haram dan dijual kepada pelanggan.
“Kami bersama pasukan dari PERHILITAN membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Tengah sempena Op Inter/Intra Agensi.
“Pemeriksaan menemui 21 burung murai batu yang disimpan dalam 21 sangkar.
“Suspek berusia 36 tahun yang mengaku sebagai pemilik kepada hidupan liar dilindungi itu ditahan apabila gagal mengemukakan lesen pemilikan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.