Gua Musang, 9 Mac 2026 - Roti, kurma dan nasi bungkus menjadi hidangan ringkas bagi petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas ketika waktu sahur sepanjang Ramadan.
Seorang anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Gua Musang, Zamri Mohd. Ghazali, 37, berkata, dia sudah 11 tahun bertugas di daerah ini dan terbiasa dengan rutin bersahur ketika bertugas.
Katanya, walaupun jarang dapat bersahur bersama keluarga, namun tanggungjawab terhadap tugas tetap menjadi keutamaan.
“Juadah sahur biasanya ringkas sahaja seperti roti, kurma dan nasi bungkus. Kadang-kadang kami bersahur di pejabat atau di lapangan ketika bertugas.
“Alhamdulillah, apabila ada pihak yang menghantar makanan sahur atau berbuka, kami sangat menghargainya kerana masa bertugas agak terhad," katanya selepas menerima makanan sahur sempena Program Singgah Sahur di IPD Gua Musang di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
KOSMO seperti di lampiran.