Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penyalahgunaan vape yang dicampur bahan terlarang seperti dadah sintetik, kanabis atau bahan psikoaktif baharu tanpa disedari pengguna.
Perbuatan ini memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan ketagihan serius. Pengambilan vape bercampur dadah boleh menjejaskan otak dan sistem saraf, mencetuskan gangguan mental serta meningkatkan risiko overdosis. Individu juga boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang jika terlibat dengan pemilikan atau penyalahgunaan bahan terlarang.
Jangan terpengaruh dengan trend atau rakan sebaya. Ketagihan sering bermula dengan rasa ingin mencuba dan boleh merosakkan masa depan.