Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Peringkat Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur yang berlangsung di Surau Al-‘Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur pada 9 Mac 2026.
Majlis tersebut melibatkan penyertaan warga Maktab PDRM Kuala Lumpur yang terdiri daripada pegawai polis, pegawai awam serta ahli keluarga dalam mengimarahkan bulan Ramadan melalui program tadarus dan khatam al-Quran sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Mohamad Ridzuan Razak
