Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail ketika menyempurnakan Program Semarak MADANI bersama warga Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur pada 9 Mac 2026.
Program tersebut turut menampilkan pelbagai inisiatif transformasi digital termasuk pembangunan 20 sistem berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) yang dibangunkan secara ‘in-house’ bagi memperkukuh keupayaan PDRM selaras dengan fokus transformasi kepolisan dipacu teknologi.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Mohamad Ridzuan Razak
