Menu

ARTIKEL PILIHAN: EMPAT INDIVIDU KELUAR KENYATAAN BERBAUR PROVOKASI ISU AGAMA, KAUM DITUDUH ESOK - KPN

Putrajaya, 16 Mac 2026 - Empat individu yang mengeluarkan kenyataan hingga mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berhubung isu agama dan perkauman akan dituduh di mahkamah berasingan di beberapa lokasi pagi esok, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Ia melibatkan pertuduhan terhadap Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Tamim Dahri (Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah), P. Mahendra Bhoopaty (Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan) dan aktivis D.Arumugam atau Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau mengesahkan siasatan terhadap keempat-empat individu berkenaan telah selesai dengan kertas siasatan dirujuk secara berasingan ke pejabat Peguam Negara dan Pengarah Pendakwaan Negeri selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Sri Hj. Mohd Khalid berkata siasatan terhadap Zamri Vinoth adalah berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di pekarangan Kompleks Sogo di ibu negara pada 7 Feb lepas.

Beliau berkata pertuduhan akan dikemukakan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Siasatan terhadap Tamim pula adalah berhubung tindakan merosakkan “soolam” yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah, yang akan dituduh di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan atau mencemarkan apa-apa benda yang dipegang suci oleh mana-mana golongan orang dengan niat hendak mengaibkan agama.

Sementara itu, Mahendra Bhoopathy dan Arun berdepan pertuduhan sama iaitu di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
“Siasatan terhadap Mahendra Bhoopathy adalah berhubung hantaran menuduh Masjid Jamek Datuk Bandar Hj. Ahmad Rasah, Seremban sebagai masjid haram, manakala siasatan terhadap Arun berkenaan kenyataan mengajak Persatuan Hindu Agama Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Sumber: BERNAMA

 
 

3 comments

Leave a comment
  1. asdgdasgasd | Mar 30, 2026
    berdepan pertuduhan sama iaitu di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.“Siasatan terhadap Mahendra Bhoopat   
  2. bsadsdsag | Mar 30, 2026
    Empat individu yang mengeluarkan kenyataan hingga mencetuskan perdebatan berbaur provokasi berhubung isu agama dan perkauman akan dituduh di m樂威壯使用心得ahkamah berasingan di beberapa lokasi pagi esok, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.  
  3. gsdgagdssa | Mar 30, 2026
    thy dan Arun berdepan pertuduhan sama iaitu di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.“Siasatan terhadap Mahendra Bhoopat 

    Leave a comment

    PDRM Facebook
    PDRM Twitter
    PDRM Instagram
    PDRM RSS