Lorong kecemasan di lebuh raya diwujudkan khusus untuk kegunaan ketika berlaku kecemasan. Laluan ini bertujuan memastikan pasukan penyelamat dapat sampai ke lokasi kejadian dengan cepat tanpa halangan.
Hanya kenderaan tertentu seperti ambulans, jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia serta agensi penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas dibenarkan menggunakan lorong ini. Pengguna jalan raya biasa tidak boleh menggunakan lorong kecemasan sesuka hati kerana ia boleh menghalang bantuan kepada mangsa.
Mereka yang menyalahgunakan lorong kecemasan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM2,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, hormatilah lorong kecemasan demi keselamatan semua.
Sumber: Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Pengangkutan Jalan