Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 14 Mac 2026 (Sabtu).
Sebanyak 2,103 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 254 kes kemalangan dan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.