Menu

DATUK GILBERD TINGGALKAN LEGASI CEMERLANG DALAM KEPIMPINAN JLOG

Kuala Lumpur, 17 Mac 2026 - CP Datuk Gilberd Philip Layang menampilkan kewibawaan dan keterampilan kepimpinan yang cemerlang sejak menerajui Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 20 Jun 2025. Itulah legasi cemerlang beliau dalam memastikan keperluan logistik dan teknologi Pasukan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.

Menyingkap kembali sejarah perkhidmatan beliau dalam Pasukan, Datuk Gilberd memulakan kerjaya pada 1 April 1994 dan menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sebagai Pelatih Kadet ASP.

Selama hampir 32 tahun dalam perkhidmatan beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam PDRM antaranya Timbalan Pengarah (Teknikal/ Operasi), JLog Bukit Aman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak dan Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan Am), JLog Bukit Aman.

Pada tahun 2025, dengan sikap dedikasi tinggi dalam memperkasakan integriti, profesionalisme dan kepimpinan beliau semakin menyerlah apabila diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui JLog.

Pada hari ini, bagi menghargai jasa beliau dalam Pasukan Sang Saka Biru, majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau telah berlangsung penuh istiadat di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur petang tadi yang dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan warga Pasukan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam Pasukan.

Terdahulu, turut berlangsung Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JLog di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Tertib majlis dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) yang disempurnakan oleh KPN, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid kepada CP Redzuan Abd Hamid bersama 39 pegawai kanan pelbagai pangkat di hadapan para tetamu yang hadir.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi menandatangani serta penyerahan dokumen serah terima tugas, disusuli dengan penyerahan tongkat kuasa di antara Datuk Gilberd dengan Tuan Redzuan yang dilantik sebagai Pengarah JLog yang baharu. Kedua-dua acara tersebut disaksikan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid.

Dalam majlis yang sama berlangsungnya serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JLog di antara Datin Siti Manau kepada penyandang baharu, Puan Siti Norhaya Shaharul Anuar. Penyerahan tugas tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan perkhidmatan Datuk Gilberd dan merasa kehilangan seorang pegawai yang banyak menyumbangkan jasa, pengorbanan serta pandangan strategik dalam membentuk hala tuju Pasukan keramat ini.

"Dengan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pengurusan, pentadbiran serta logistik, Datuk Gilberd telah menampilkan kewibawaan dan keterampilan kepimpinan yang cemerlang sejak menerajui JLog pada 20 Jun 2025," ujar beliau.

Selamat bersara Datuk Gilberd! Semoga Datuk menjalani tempoh persaraan dengan penuh bahagia bersama Datin dan seluruh keluarga tercinta. Kepimpinan Datuk pastinya akan meninggalkan legasi yang tidak akan luput dari ingatan setiap lapisan warga Pasukan Keramat Sang Saka Biru ini.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of text

May be an image of dais and text that says '5 ဘေးထယပ်။ 75 MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI YDH CP DATUY SILBERD AK PHILIP LAYANG KEPADA IAN BIN ABD HAMID YDH CP PENYERAH Swt PENERIMA'

May be an image of text

May be an image of one or more people, headscarf, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'G ሓር BLEEHI'

May be an image of dais, hospital and text that says 'PULAPOL PDRM PULAPOL PULAFOL PDRM PULAPOL PDRM PULAPOL KL PULAPOL PULAPOL KL PULAFOL PULAPOL PDRM PDRM PULAFOL PULAPOL KL PULAPOL PDRM PULAPCL reukdaz PDRM PDRM PULAFOL APOL PULAP KL P PDRM sekks LAPOL KL PULAPOL KL AFUL ハキ ရှေခြင်တင်ဖွေး RM'

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎PULAPOL PDRM PULAPOL KL PULAPOL PDRM PULAPOL کیا PDRM PULAPOL KL PULAPOL KL OL PILAPOL PDRM PULAFOL PDRM PULAPOL PULAPOL KL N0 PDRM PULAPOK PDRM 山誕盟 PULAF PULAI KL PDRM PULAPOL ណកាត 6 QN込 特力司 ULAPOL KL ULAP לדו oAybl URVI Grevan‎'‎‎

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says '* PERKEP υαχτ Serah Terima Tugas PENGERUSI PERKEP JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI YBHG. DTIN TIN SITI ANAK MANAU KEPADA YBHG. PUAN SITI HAYABINTI SHAHARUL ANWAR PENYERAH SAKSI 日玩 PENERIMA'

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people, headscarf and text

May be an image of one or more people and wedding

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'ሰህ። શ DRM'

May be an image of one or more people, segway, accordion, saxophone, violin, clarinet, street and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS