Kuala Lumpur, 18 Mac 2026 – Keprihatinan dan kasih terhadap warga Pasukan terus dizahirkan apabila Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini telah mengadakan lawatan kebajikan menziarahi anggota, ahli keluarga serta pesara yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Beliau yang diiringi Pengarah hospital, Dato’ Dr. Azmi Baharudin telah menyantuni keluarga mendiang Koperal Wong Pak Sing di Unit Forensik yang disahkan meninggal dunia pada jam 1.27 petang tadi. Mendiang yang bertugas di Terup 4C, Unit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman salmonella pada paru-paru dan darah.
Terdahulu, delegasi telah dibawa menziarahi beberapa anggota serta ahli keluarga warga pasukan yang sedang menerima rawatan, antaranya Puan Norazimah Nordin, isteri kepada Sub Inspektor Samsul Azwan Abu Bakar dari Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL) yang mengalami strok dan kini dirawat di wad Pusat Jantung dan Paru-paru.
Lawatan diteruskan dengan menyantuni Lans Koperal Mohammad Syazwan Yussof dari Balai Polis Cheras susulan bayi beliau yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut serta Inspektor Sureen Kumar dari Cawangan Khas Bukit Aman yang menjalani pembedahan akibat appendiks.
Tidak ketinggalan juga lawatan keatas pegawai awam Kem Komandan Bukit Aman, Puan Nor Sabrina Abu Bakar yang menerima rawatan akibat vertigo di Wad Surgeri 5C, Koperal Zalihana Zakaria dari Bahagian Pengawal Pengiring, IPK KL yang mengalami patah kaki akibat kemalangan jalan raya di Wad Ortopedik serta Koperal Ruslan Harun dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat
Polis Daerah Dang Wangi yang turut mengalami kecederaan sama.
Lawatan kebajikan tersebut diteruskan dengan kunjungan ke kediaman pesara polis, ACP Zakaria Kader di Taman Maluri.
Beliau yang merupakan bekas Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang kini sedang menjalani pemulihan selepas mengalami retak tulang belakang melibatkan bahagian L1 hingga L5 akibat terjatuh. Beliau telah menjalani pembedahan pada 24 Februari lalu dan kini menerima rawatan susulan di rumah dengan bantuan jururawat.
Di setiap pertemuan, sentuhan empati dan keprihatinan jelas dirasai membuktikan bahawa kebajikan warga Pasukan dan pesara sentiasa menjadi keutamaan, selari dengan semangat kekeluargaan dalam PDRM.
Turut hadir, Pengarah
Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama isteri, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, Timbalan Ketua
Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani Omar, Ketua Polis Daerah (KPD)
Wangsa Maju, SAC Mohamad Lazim Ismail, KPD
Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.