Menu

KPN DAN PENGERUSI PERKEP MALAYSIA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT AUTISME PDRM

Kuala Lumpur, 18 Mac 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, petang tadi.

Dalam majlis tersebut, sebanyak RM30,000 telah disampaikan kepada Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Autisme PDRM, Tan Sri Hussin Hj. Ismail bagi menyokong usaha kebajikan dan pembangunan pusat berkenaan.

Sumbangan berupa replika cek itu merangkumi RM20,000 daripada Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial Bukit Aman serta RM10,000 daripada PERKEP.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam memperkukuh kemudahan serta perkhidmatan di Pusat Autisme PDRM, sekali gus memberi manfaat kepada anak-anak istimewa yang memerlukan sokongan berterusan.

Dalam pada itu, ia turut mencerminkan keprihatinan PDRM dalam memperkukuh tanggungjawab sosial serta memperluaskan sokongan kepada komuniti, khususnya dalam aspek kebajikan dan pendidikan khas.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz bersama Datuk Ramli Hj. Din, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim serta Pengurus Besar Yayasan Pengaman Malaysia merangkap Pengurus Pusat Austisme PDRM, Puan Azura Izham.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.

May be an image of text

May be an image of wedding, the Oval Office and text

May be an image of the Oval Office and text

May be an image of the Oval Office

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of text



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS