Kuala Lumpur, 21 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Ibrahim di Surau Utama, Istana Negara, di sini.
Turut berangkat bercemar duli ke majlis tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Solat sunat Aidilfitri berkenaan dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Hj. Munir Hj. Md. Salleh diikuti dengan khutbah bertajuk “Syawal: Bangkit Daripada Ujian, Bersatu Dalam Keimanan” yang menyeru umat Islam agar memperkukuh perpaduan, menghindari perpecahan serta terus memelihara keamanan dalam masyarakat.
Seusai solat, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dan isteri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Dewan Santapan Utama sebelum beramah mesra dengan para tetamu yang hadir dalam suasana penuh kemesraan.
Turut hadir, para pembesar negara, barisan Jemaah Menteri serta ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan, barisan Pengarah Jabatan PDRM, Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim serta Ketua
Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.