Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat semalam telah menerima panggilan kecemasan daripada bilik gerakan mengenai seorang penumpang yang mengalami sesak nafas di dalam kenderaan lalu mengatur anggotanya segera bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan.
Sarjan Norman Ismail, Koperal Mafazrin Mat dan Koperal Fikri Izzuddin Rapar yang ketika itu bertugas sempena Op Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum mengiringi kenderaan tersebut ke Hospital Batu Pahat bagi memastikan laluan lebih lancar dan rawatan dapat diperoleh dengan segera.
Dalam saat genting seperti ini, setiap detik amat bermakna dan bantuan yang dihulurkan mampu memberi harapan serta menyelamatkan nyawa.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
Sumber: BSPTD BATU PAHAT