Menu

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: POLIS BANTU PASANGAN KE R&R, REMAJA DITEMUI SELAMAT


Detik cemas buat sebuah keluarga apabila anak perempuan mereka tertinggal di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Merab, Sepang, Selangor tanpa disedari.

Dalam keadaan panik, pasangan tersebut berpatah balik dengan bantuan Koperal Rodzery Adderly Raden dan Lans Koperal Muhammad Amirul Fazid Mohamed Shukri dari Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda yang pantas bertindak mengiringi mereka semula ke lokasi.

Syukur, remaja itu ditemui dalam keadaan selamat. Satu momen yang mungkin singkat, namun cukup menggambarkan keprihatinan dan tanggungjawab warga Sang Saka Biru dalam memastikan setiap nyawa terus diutamakan.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS