Menu

[VIDEO KHAS] HARI POLIS KE-219: KAMI TERUS BERDIRI, BERBAKTI SEPANJANG MASA


Sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 yang akan disambut, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) membawakan kepada anda video khas yang memaparkan rutin harian serta komitmen warga Sang Saka Biru dalam melaksanakan tugas demi negara.

Menginjak usia 219 tahun, warga Polis Diraja Malaysia terus memikul amanah menjaga keamanan dan kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab, disiplin serta semangat setiakawan yang menjadi kekuatan Pasukan.

Dari seawal pagi hingga lewat malam, setiap penugasan dilaksanakan dengan dedikasi tinggi dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman masyarakat sentiasa terpelihara.

Walau berdepan pelbagai cabaran dan tekanan, warga Sang Saka Biru tetap teguh berdiri dan melaksanakan tugas sebaiknya kerana di sebalik setiap rutin harian itu terselit amanah besar kepada negara.

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 Tahun 2026!

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS