Kini sedang berlangsungnya solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.
Khutbah Jumaat bertajuk “Kembali kepada Fitrah, Demi Keamanan Ummah” disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim manakala solat Jumaat diimamkan oleh ASP Muhammad Khudri Sulaiman dan bilal Sarjan Mejar Hj. Razlee @ Roslee Asmat.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia