Lumut, 28 Mac 2026 - Polis Perak berjaya merampas dadah jenis Ketamin seberat 20.2 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM1.01 juta di kawasan Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan Balai Polis Pangkor telah menemukan satu bungkusan guni di tepi kawasan pantai tersebut.
Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin berkata, hasil pemeriksaan di dalam guni tersebut telah menjumpai 20 bungkusan plastik disyaki dadah jenis Ketamine seberat 20.200 kg.
"Nilai dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM1,010,000. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.