Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: NYAWA JADI TARUHAN


Kuala Lumpur, 28 Mac 2026 - Terlibat operasi sulit menumpaskan kumpulan perompak bank, kes pembunuhan dan geng kongsi gelap menjadi pengalaman bernilai bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan (B) Alan Finian Lopez sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam pasukan keramat itu.

Menceritakan kembali pengalaman itu, Alan, 61, berkata, beliau menyertai PDRM pada 5 April 1987 selepas menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur selama enam bulan.

Menurut Alan, dengan pangkat Konstabel, beliau kemudian ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru.

“Penglibatan saya dalam Cawangan Jenayah bermula pada tahun 1992 selepas diarahkan Pegawai Turus D9 Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ketika itu DSP A. Paramasivam untuk melakukan satu tugasan sulit.

“Saya diminta melaksanakan kerja under cover selama beberapa bulan untuk mengintip beberapa kumpulan penjenayah bersenjata api di Johor Bahru.

“Setelah melaksanakan tugasan itu, saya diserapkan menyertai bahagian D9 JSJ Johor,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'SNARHARIANISABTU2BMAC2023 Sinar iene encana ana Jena Jenayah ah 15 অপসਂ . OlehMUHAMMADAF AFHAM RAMLI LUMPUR- Terlibat sindaketudi.cnlin beberapa kumpulan perjenayah ber- Nyawa jadi taruhan Bekas Sarjan kenangan berdepan penjenayah, berbalas tembakan kataryak surat Ketua pangkat kebanyakan PROFIL Harun Zulkifts mbakan Sut,SAL didakwa Melaka หอปปรงเลา သ်စစ်ပိုေားသ ketika etarakejayaan: 'Bertindak வயா maklu- mat. emas, terdapat dibank Suratpenghargaan berbalas cabaran Alan sebagai bunuhan laku'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS