Menu

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

 
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Thread warrons atas penghargaan beliau kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Sarjan Kenny Polycarp dan Lans Koperal Kelvin Mitol Awos dari Unit Kereta Peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Mereka telah membantu menukarkan tayar sebuah kenderaan milik seorang wanita ketika sedang melakukan tugas rondaan di Jalan Canna, Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak, pagi tadi.

Kesungguhan keduanya memperlihatkan komitmen tinggi warga Pasukan dalam membantu masyarakat tanpa mengira situasi.

Sumber video: Thread warrons

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS