Menu

KPN DAN PENGERUSI PERKEP MALAYSIA LAWAT GALERI POLIS NEGERI SABAH


Kota Kinabalu, 31 Mac 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia meluangkan masa mengunjungi Galeri Polis Negeri Sabah, di sini pagi tadi.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun bersama timbalannya, DCP Datuk Abdul Rani Alias.

Galeri tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor, pada 25 Mac lalu dan dijadikan pusat rujukan sejarah dan pencapaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya kontinjen Sabah.

Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid telah diberikan "walking briefing" yang diketuai oleh Pegawai Kurator Galeri Polis Negeri Sabah, Inspektor Kamisah Mohd Diah seterusnya taklimat terperinci di setiap sudut pameran oleh wakil pegawai daripada pelbagai jabatan dan formasi.

Penubuhan galeri polis ini merupakan simbol penghargaan tertinggi terhadap jasa, pengorbanan serta legasi perjuangan warga PDRM khususnya di negeri Sabah. Ia juga menjadi lambang penghormatan buat wira-wira negara yang telah terkorban demi mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden seperti di Tanduo, Lahad Datu.

Turut hadir, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Rusnah Zakaria, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim dan sebahagian warga kerja kontinjen Sabah.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of monument and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS